Sunday, 21 May 2017

FUNGSI PRODUK PERAWAT WAJAH

Fungsi Produk Perawat Wajah


1.      Pembersih Muka
Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mudah menanggalkan kotoran ringan dengan cepat. Anda boleh merasai kesegaran air. Namun, produk ini tidak mampu menanggalkan kesan solekan yang tebal. Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti krim dan gel.



2.      Sabun Pembersih
Produk ini mampu membersihkan wajah tanpa menanggalkan kelembapan kulit. Namun, sabun biasa boleh mengeringkan pada kebanyakan jenis kulit. Sabun lebih menyegarkan terutamanya pada kulit berminyak. Ia membantu membersihkan pori-pori dan mencegah jerawat. Sabun lutsinar biasanya untuk kulit berminyak.





3.      Krim / Susu Pembersih
Produk ini sangat sesuai untuk membersihkan kulit yang kering. Strukturnya yang lembut dan ringan mudah untuk disapu ke seluruh bahagian wajah. Ia mengandungi minyak untuk menanggalkan kotoran dan solekan pada wajah, hanya dengan menggunakan kapas pembersih. Gunakan kapas yang lembap jika anda mahu wajah yang tampak lebih segar.




4.      Penyegar
Produk ini direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Penyegar mudah tersejat selepas dioles pada wajah dengan menggunakan kapas pembersih. Penyegar juga mampu menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit. Perkataan ‘astrigen’ pada botol membawa maksud bahawa ia mengandungi lebih kandungan alcohol dan hanya sesuai untuk kulit berminyak. Perkataan ‘tonik’ dan ‘penyegar’ membawa maksud ia sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana strukturnya yang lebih lembut. Bagi kulit



5.      Pelembap
Produk krim ini membentuk lapisan pada permukaan kulit untuk mencegah kehilangan lembapan. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Secara amnya, semakin kering kulit, semakin banyak pelembap perlu disapukan pada kulit. Semua jenis kulit memerlukan pelembap. Pelembap hari ini juga mengandungi bahan-bahan lain untuk merawat kulit. Antaranya ialah, penapis UV, untuk melindungi kulit anda setiap masa daripada kesan penuaan dan sinaran matahari.


6.      Penanggal Solekan Mata
Jika pembersih biasa tidak mencukupi untuk membersihkan kesan solekan pada mata, anda perlukan produk khas untuk mata ini. Ia mampu menanggalkan solekan mata dengan mudah tanpa merosakkan stuktur kulit sekitar mata. Sekiranya anda memakai maskara kalis air, pastikan produk yang gunakan direka khas untuk tujuan itu.



7.      Krim Malam

Ini merupakan krim yang pekat di reka khas untuk memberikan lembapan tambahan kepada kulit sambal membelai dan memanjakan kulit ketika anda tidur. 


No comments: