Thursday, 22 June 2017

Bila hampir tiba hari raya, pasti ramai yang teruja dan tak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Ramai yang teruja untuk dapatkan cuti raya, maklumlah cuti raya yang ada mungkin tak cukup untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta dan sanak saudara.  Ada juga yang adiknya nak kahwin, aqiqah anak buah, nak pergi bercuti bersama keluarga dan sebagainya. Tetapi, adakah semua itu akan tercapai, jika…. Jom saksikan video di bawah…

Video tersebut mengisahkan sekumpulan staff yang cuba memohon untuk cuti tambahan bagi raya tahun ini, namun disebabkan kesemua staff mohon cuti raya serentak, mungkinkah ianya tercapai. Sebagai seorang majikan, sudah tentu mahukan semua staff bekerja seperti biasa.  Dalam video tersebut, setiap individu perlu menyiapkan ketupat yang paling banyak dan yang paling cepat. Hanya seorang sahaja yang terpilih untuk diluluskan permohonan cuti raya tambahan 



Pada mulanya disangkakan mereka akan pentingkan siri sendiri, tetapi oleh kerana hubungan yang rapat mereka saling bekerjasama. Tambahan lagi, majikan juga turut serta dalam menyelesaikan  misi tersebut. Jadi, di situ menunjukkan kerjasama itu penting, tolak ansur dan kesefahamanan sesama sendiri itu merupakan asset penting untuk sesebuah organisasi. Majikan selaku ketua memainkan peranan penting untuk mendidik ahli kumpulan, pemberi semangat dan pendorong kepada semua. Ahli kumpulan pula terus berusaha dan bekerjasama demi kebaikan diri dan syarikat. Itulah yang dikatakan muafakat membawa berkat.



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 




with lots of love
Norrich Cosmetics


<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnorrichcosmetics%2Fvideos%2F1401080089972715%2F&show_text=0&width=560" width="560" height="315" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>


https://youtu.be/m1tadQHVJy8

No comments: