Monday, 3 April 2017

TIPS MEMILIH LIPSTIK


Manusia ni berbeza, ada kulit cerah, ada kulit gelap , ada bibir nipis, ada bibir tebal, ada bibir cerah, ada bibir gelap, ada bibir lembap dan ada pula bibir yang kering. Haaa..tengok, bibir saja dah ada macam-macam jenis kan.

Gelap atau cerah bibir kita juga bergantung pada banyak faktor seperti:
  1. Melanin
  2. Lifestyle
  3. Cara Penjagaan Bibir


Kalau korang memiliki wajah yang agak gelap, warna bibir korang juga akan cenderung berwarna agak gelap sebab kandungan melanin yang agak banyak. ( Melanin menentukan warna pada kulit ).

Kalau korang merokok pun ( tidak semua ) juga agak cenderung untuk memiliki bibir yang agak gelap disebabkan oleh nikotin yang tinggi.

Kalau korang tak ambil berat tentang penjagaan bibir juga boleh mnyebabkan bibir gelap dan kusam. Contohnya: 

ü Tak lap bibir selepas makan
ü Tak pakai scrub bibir
ü Tak Pakai lipbalm
ü Pakai lipstick yang mengandungi bahan kimia yang tinggi ( jika lipstick tu tahan lama & kekal tandanya mengandungi bahan kimia tinggi.



Tips Memilih Lipstik Bagi Bibir Yang Agak Gelap

  1. Rajin bersihkan bibir selepas makan, scrub bibir 2 atau 3 kali seminggu.
  2. Pakai lipstick yang teksturnya matte atau cream sebab lipstick jenis ni pekat dan dapat tutup bibir jika bibir anda agak gelap.
  3. Elakkan memakai lipstick yang tekstur glossy sebab jenis ini agak nipis dan akan menampakkan bibir yang gelap.


Tips Memilih Lipstik Bagi Mereka Yang Berkulit Gelap

  1. Elakkan warna neutral, coklat dan soft pink sebab akan menyebabkan warna bibir tenggelam.
  2. Pilih warna sedikit terang  contohnya dark pink, berries, merah, coral dan oren.
  3. Boleh juga guna warna metallic ( jenis lipstik yang berkilat ). Tambah sedikit lip gloss atas lipstick untuk kesan yang lebih segar dan sihat.


Tips Memilih Lipstik Bagi Mereka Yang Berkulit Cerah

  1. Pilih warna neutral dan soft pink untuk penampilan sweet dan young.
  2. Pilih warna coral atau oren untuk penampilan fresh.
  3. Pilih warna terang seperti red, hot orange, or hot pink untuk penampilan yang berani dan lain dari yang lain.
  4. Pilih warna coklat atau merah gelap ( sesuai untuk waktu malam ).
  5. Elakkan warna metallic ( cerah atau gelap ) sebab akan menjadikan bibir anda terlalu pucat atau over.



Tips Memilih Lipstik Bagi Mereka Yang Mempunyai Bibir Nipis Atau Bibir Tebal

  1. Bibir nipis / comel – seeloknya pilih warna yang cerah dan bertekstur glossy dan shine. Ia akan nampak bibir korang nampak lebih penuh.
  2. Bibir Tebal – Pilih warna yang agak gelap dan tekstur matte / cream untuk kesan bibir yang bersaiz sederhana.


Tips Memilih Lipstik Bagi Mereka Yang Mempunyai Bibir Kering Dan Bibir Lembap



  1. Bibir Kering / Menggelupas – Digalakkan guna lip balm terlebih dahulu .Tekstur yang sesuai pula, jenis lipstick yang high moisture  atau crème diikuti sapuan lip gloss. Elakkan lipstick matte.
  2. Bibir Lembap – Bebas nak pilih apa-apa tekstur sebab bibir anda yang sihat.





No comments: