Monday 3 April 2017

CARA MEMAKAI EYELINER YANG BETUL

Solekan tanpa penggunaan eyeliner pastinya tidak akan sempurna.

Hal ini kerana, penggunaan eyeliner mampu menjadikan mata seseorang itu kelihatan lebih besar dan menonjol.

Oleh itu, untuk makeup harian yang sangat simple, sesetengah wanita suka mengenakan lipstick, eyeliner dan bedak sahaja.

Jenis-jenis eyeliner:

  1.      Pencil Eyeliner
  2.     Pen Eyeliner
  3.      Liquid Eyeliner
  4.      Gel Eyeliner








Kesemua jenis eyeliner ini mempunyai kelebihan tersendiri mengikut citarasa seseorang  individu. Namun begitu, pencil eyeliner adalah eyeliner yang paling mudah dipakai dan menjadi kegemaran ramai. Manakala, gel eyeliner pula menjadi pilihan kerana tahan lama.





Cara Pemakaian:

  1.    Kenalpasti dahulu jenis bentuk mata yang dimiliki dan jenis event yang akan di hadiri.
  2.   Untuk mata yang agak kecil, seeloknya dipakai dengan garisan yang lebih tebal agar bentu mata kelihatan menonjol.
  3. Bagi mata yang agak besar / bulat, cukup hanya sekadar memakai eyeliner yang tipis.
  4.  Pastikan garisan eyeliner tersebut sekata dan tidak comot.
  5. Untuk hasil yang lebih baik, mulakan dengan garisan yang tidak pekat dulu. Kemudian, barula garisan yang agak tebal.
  6.   Selain itu, penting juga untuk anda memakai waterproof eyeliner untuk mengelakkan eyeliner anda pecah warnanya, tidak sekata , smudged , apabila terkena air terutama sekali bagi mereka yang mempunyai mata yang cepat berair.




No comments: