1.Kulit Putih
Jika anda memiliki warna kulit wajah yang putih/cerah , sesuai gunawarna-warna yang terang dan lembut. Warna merah jambu yang terang juga yang akan mewujudkan efek merah lembut pada pipi anda. Selain itu, nda juga boleh menggunakan warna soft pink atau baby pink, peach dan light coral, soft pink, brown pink atau dark pink.
2. Kulit Kuning Langsat
Bagi anda yang memiliki kulit kuning langsat pula, sesuai memilih blusher bewarna oren atau peach. Peach atau oren lembut akan menyerlahkan lagi kecantikan kulit anda kerana ia membantu meningkatkan cahaya yang wujud dalam kulit anda. Untuk warna yang lebih kaya dan padat , sapukan pemerah pipi berbentuk krim. Anda juga boleh memilih warna baby pink kerana warnanya lebih lembut dan lebih natural. Selain itu, jika anda mahukan wajah yang lebih segar, anda juga boleh memilih warna peach, brown orange, chocolate mocha dan sheer plum., bronze, red plum.
3. Kulit Gelap
Bagi anda yang memiliki jenis kulit gelap pula, anda juga tidak perlu risau jika mahu memilih blusher. Asalkan anda memilih warna yang sesuai dan tepat. Anda boleh memakai pemerah pipi berwarna merah jambu terang ataupun oren-merah terah untuk menyerlahkan wajah anda. Anda juga boleh gunakan pemerah pipi yang mempunyai glitter untuk memberi efek cahaya atau glowing pada pipi anda.
Antara warna yang sesuai adalah merah, coklat gelap ( raisin ) , merah terracotta. Blusher yang berwarna merah bata akan menyebabkan pipi lebih merona dan sekaligus bagus untuk contouring. Bagi kesan yang cantic dan fresh pula, anda juga boleh pilih blusher berwarna bright tangerine, raisin, deep pink ( fuschia ), apricot.
4. Kulit zaitun
Warna kulit seperti warna buah zaitun kelihatan sesuai dalam kedua-dua warna pemerah pipi berwarna oren atau merah jambu. Tetapi, digalakkan memakai pemerah pipi berwarna coklat neutral untuk menambahkan dimensi terhadap warna kulit anda. Atau jika anda berani , sapukan pemerah pipi dengan warna pop merah jambu terang.
Tips lain:
- Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
- Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
CARA MEMAKAI BLUSHER
- Guna berus yang besar.
- Mesti kena SENYUM!!!! Anda akan lihat ada bahagian pipi akan timbul. Itulah tempat yang perlu anda sapukan blusher. Sapukan dengan tarikkan keluar.
- Pastikan warna tersebut dipadankan dengan baik dan natural. Sepatutnya tidak hanya nampak garisan warna sahaja.
- Jika anda inginkan kombinasi warna terang...sapukan warna lembut dahulu kemudian warna terang.
Langkah pertama ialah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai tona kulit panas atau sejuk.
- Jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan biru, anda sesuai memakai aksesori berwarna perak dan pakaian putih dan hitam terang menonjolkan kecantikan warna kulit anda.
- Anda kemungkinan besar mempunyai tona warna kulit panas jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan hijau, anda sesuai memakai perhiasan emas, dan warna neutral /tan menyerlahkan lagi kecantikan tona kulit anda.
No comments:
Post a Comment