Monday 13 March 2017

Jenis Jenis Kulit Muka



Berikut Merupakan  Jenis-Jenis Kulit Yang Perlu Kita Ketahui Dan Kenalpasti:
  1. Kulit Normal
  2. Kulit Kering
  3. Kulit Berminyak
  4. Kulit Sensitif

  1. KULIT NORMAL
Sangat beruntung. Perkataan yang paling layak bagi mereka yang mempunyai kulit muka yang normal. Bukan mudah tau nak dapatkan kulit muka yang normal. Pengeluaran minyak bagi kulit normal adalah sangat seimbang. Namun begitu, tidak bererti kulit normal tidak memerlukan rawatan wajah.
Ciri: Kulit segar dan sihat, tidak berkilat atau kering.
Kelebihan: Wajah lebih sempurna dan mudah untuk apply makeup.
Jenis kosmetik yang sesuai digunakan:
  • Face tonner yang menggandung PH Balance
  • Moisturizer dan foundation untuk kulit normal
  • Eye brow dengan shimmer atau tanpa shimmer, bergantung kesan yang akan kita tampilkan.
  • Boleh guna bedak serbuk atau compact powder
  • Blush on dan eye shadow berbentuk pasta atau powder, atau kedua-duanya pun boleh.
Antara ciri kulit muka normal:
  • Tidak mempunyai bintik hitam
  • Berpori-pori halus
  • Kulit muka bercahaya,cerah ,halus dan lembut .
  • Tidak mempunyai jerawat.

  1. KULIT KERING
Kulit kering pula ialah kulit yang mengeluarkan minyak dalam kuantiti yang sangat sedikit. Minyak tidak membahayakan kulit muka.Tetapi sekiranya minyak dikeluarkan melebihi atau kurang dari paras normal,itu yang berbahaya. Fungsi minyak adalah untuk melembutkan seperti kita sapukan losyen pada kulit.Pengeluaran minyak yang sangat sedikit akan menyebabkan kulit mudah pecah-pecah dan sensitif.
Kulit jenis ini juga biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).
Ciri: Kulit kering dan kusam
Kelebihan: Wajah tidak mudah berjerawat
Kekurangan: Wajah kusam, kering dan tona tidak sekata
Jenis kosmetik yang sesuai digunakan:
• Face tonner yang menggandung PH Balance
• Moisturizer dan foundation yang mengandung minyak
• Eye brow dengan shimmer
• Bedak serbuk yang dapat memberi kesan berkilat dan segar
• Blush on dan eye shadow berbentuk pasta atau krim
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam

Antara ciri kulit kering:
  • Kulit kelihatan kasar dan tidak bersinar
  • Kulit kering dan pecah-pecah seperti sisik ikan
  • Kulit sensitif dan kemerahan

  1. Kulit Berminyak
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disamping itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.
Kebanyakan wanita di Malaysia mempunyai kulit muka berminyak kerana gaya pemakanan mereka rata-rata gemarkan masakan yang berminyak. Kulit berminyak adalah kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan akibat aktiviti kelenjar lemak pada kulit. Kotoran dan debu memang mudah untuk melekat pada kulit yang berminyak yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat dan bintik-bintik hitam.
Ciri: Bahagian hidung lebih berkilat
Kelebihan: Wajah tampak lebih muda, kerutan-kerutan tidak mudah muncul.
Kekurangan: Lebih mudah timbulnya jerawat
Jenis kosmetik yang sesuai digunakan:
  • Face tonner yang menggandung PH Balance.
  • Moisturizer dan foundation yang tidak mengandung minyak/ Oil Free.
  • Eye brow tanpa shimmer.
  • Bedak berfoundation / compact powder yang tidak berkilat.
  • Blush on dan eye shadow berbentuk powder
Masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

Antara ciri kulit berminyak ialah:
  • Kulit nampak melekit dan berminyak.
  • Kulit Alergi dan sering gatal-gatal di muka.
  • Sekitar hidung nampak seperti menara KLCC yang berkilauan akibat minyak yang berlebihan.
  • Kulit mengalami bintik hitam dan jerawat.
  • Kulit di kawasan T (hidung,dahi dan pipi) kelihatan berminyak.

  1. Kulit Sensitif
Kulit sensitif/bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila liang pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.
Ciri: Timbulnya masalah jika menggunakan produk kecantikan
Kekurangan: Harus berhati-hati memilih produk kecantikan
Jenis kosmetik yang dianjurkan:
  • Pilih produk berlabel hypoallergenic atau chemical free
  • Hindari produk yang mengandung fragrance (wewangian), lanolin dan alcohol.
  • Hati-hati dengan kosmetik berlabel fragrance free karena belum tentu chemical free.
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul.
Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka
  • Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.
Bila, anda boleh lihat keadaan sensitif ini berlaku?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress
  • Simptom semasa kulit sensitif
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
Kulit sensitif juga boleh berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,resdung,ruam,gatal-gatal pada kulit dan ekzema.

No comments: