Bila hampir tiba hari raya, pasti ramai yang teruja dan tak
sabar untuk pulang ke kampung halaman. Ramai yang teruja untuk dapatkan cuti
raya, maklumlah cuti raya yang ada mungkin tak cukup untuk luangkan masa
bersama keluarga tercinta dan sanak saudara.
Ada juga yang adiknya nak kahwin, aqiqah anak buah, nak pergi bercuti
bersama keluarga dan sebagainya. Tetapi, adakah semua itu akan tercapai, jika….
Jom saksikan video di bawah…
Video tersebut mengisahkan sekumpulan staff yang cuba
memohon untuk cuti tambahan bagi raya tahun ini, namun disebabkan kesemua staff
mohon cuti raya serentak, mungkinkah ianya tercapai. Sebagai seorang majikan,
sudah tentu mahukan semua staff bekerja seperti biasa. Dalam video tersebut, setiap individu perlu
menyiapkan ketupat yang paling banyak dan yang paling cepat. Hanya seorang
sahaja yang terpilih untuk diluluskan permohonan cuti raya tambahan
Pada mulanya disangkakan mereka akan pentingkan siri
sendiri, tetapi oleh kerana hubungan yang rapat mereka saling bekerjasama.
Tambahan lagi, majikan juga turut serta dalam menyelesaikan misi tersebut. Jadi, di situ menunjukkan
kerjasama itu penting, tolak ansur dan kesefahamanan sesama sendiri itu
merupakan asset penting untuk sesebuah organisasi. Majikan selaku ketua
memainkan peranan penting untuk mendidik ahli kumpulan, pemberi semangat dan
pendorong kepada semua. Ahli kumpulan pula terus berusaha dan bekerjasama demi
kebaikan diri dan syarikat. Itulah yang dikatakan muafakat membawa berkat.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
with lots of love
Norrich Cosmetics
<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnorrichcosmetics%2Fvideos%2F1401080089972715%2F&show_text=0&width=560" width="560" height="315" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>
https://youtu.be/m1tadQHVJy8
<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnorrichcosmetics%2Fvideos%2F1401080089972715%2F&show_text=0&width=560" width="560" height="315" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true" allowFullScreen="true"></iframe>
https://youtu.be/m1tadQHVJy8