Fungsi Produk Perawat Wajah
1.
Pembersih Muka
Produk
ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mudah menanggalkan kotoran ringan dengan
cepat. Anda boleh merasai kesegaran air. Namun, produk ini tidak mampu
menanggalkan kesan solekan yang tebal. Terdapat dalam pelbagai bentuk seperti
krim dan gel.
2.
Sabun Pembersih
Produk
ini mampu membersihkan wajah tanpa menanggalkan kelembapan kulit. Namun, sabun
biasa boleh mengeringkan pada kebanyakan jenis kulit. Sabun lebih menyegarkan
terutamanya pada kulit berminyak. Ia membantu membersihkan pori-pori dan
mencegah jerawat. Sabun lutsinar biasanya untuk kulit berminyak.
3.
Krim / Susu Pembersih
Produk
ini sangat sesuai untuk membersihkan kulit yang kering. Strukturnya yang lembut
dan ringan mudah untuk disapu ke seluruh bahagian wajah. Ia mengandungi minyak
untuk menanggalkan kotoran dan solekan pada wajah, hanya dengan menggunakan
kapas pembersih. Gunakan kapas yang lembap jika anda mahu wajah yang tampak
lebih segar.
4.
Penyegar
Produk
ini direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Penyegar mudah tersejat
selepas dioles pada wajah dengan menggunakan kapas pembersih. Penyegar juga
mampu menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit. Perkataan ‘astrigen’ pada
botol membawa maksud bahawa ia mengandungi lebih kandungan alcohol dan hanya
sesuai untuk kulit berminyak. Perkataan ‘tonik’ dan ‘penyegar’ membawa maksud ia
sesuai untuk kulit normal dan kombinasi kerana strukturnya yang lebih lembut.
Bagi kulit
5.
Pelembap
Produk
krim ini membentuk lapisan pada permukaan kulit untuk mencegah kehilangan
lembapan. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Secara amnya, semakin
kering kulit, semakin banyak pelembap perlu disapukan pada kulit. Semua jenis
kulit memerlukan pelembap. Pelembap hari ini juga mengandungi bahan-bahan lain
untuk merawat kulit. Antaranya ialah, penapis UV, untuk melindungi kulit anda
setiap masa daripada kesan penuaan dan sinaran matahari.
6.
Penanggal Solekan Mata
Jika
pembersih biasa tidak mencukupi untuk membersihkan kesan solekan pada mata,
anda perlukan produk khas untuk mata ini. Ia mampu menanggalkan solekan mata
dengan mudah tanpa merosakkan stuktur kulit sekitar mata. Sekiranya anda
memakai maskara kalis air, pastikan produk yang gunakan direka khas untuk
tujuan itu.
7.
Krim Malam
Ini
merupakan krim yang pekat di reka khas untuk memberikan lembapan tambahan
kepada kulit sambal membelai dan memanjakan kulit ketika anda tidur.